Pages

Wednesday, March 11, 2015

Penapis Air Mudah Alih Water Pitcher

Water Pitcher adalah penapis air mudah alih yang sangat mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana sahaja. Ianya juga sangat menjimatkan dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang membebankan seperti penapis air lain di pasaran.

Harga: RM 328/ unit dengan 1 unit karbon


Pembelian Water Pitcher juga merupakan 1 pilihan bijak kerana:-
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air – dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat! Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap. Membuatkan anak-anak suka minum air masak
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!. Air juga tiada bau klorin.
  • Mempunyai meter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis tanpa  memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Balik kampung, ke pejabat atau ketika bercuti.
  • Menjimatkan kos pembelian air atau penggunaan elektrik
  • Menggunakan katrij tempurung kelapa yang dijamin halal
 
 

Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi:-
(Rizal/Ila)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453

Thursday, October 23, 2014

Hijrah Water Filter Alkaline

HIJRAH WATER FILTER ALKALINE

Dengan PH alkali  10.3,  ia memerangkap dan meneutralkan radikal bebas yang berbahaya kepada tubuh, mengandungi antioksida untuk antipenuaan, membantu membuang toksin dengan efektif, meningkatkan sistem hidrasi dan imunisasi tubuh.




 Harga RM1250.00


Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi:-
(Rizal/Ila)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453


Friday, November 4, 2011

Harga Baru Hijrah Bio Aura Ionized Alkaline Water Filter @ RM1300

RM1300

Dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM100 sebulan.
sila hubungi talian 013-6751381 untuk keterangan lanjut
Pembelian tunai juga layak menerima hadiah-hadiah promosi yang ditawarkan.

@
tukarkan penapis lama anda (sebarang jenama) dengan Penapis Air Hijrah
Harga untuk trade in: RM1000 shj
(Bayaran Tunai )

Tuesday, June 7, 2011

Karnival Halal 2011 @ Shah Alam

Sertai kami di KARNIVAL HALAL 2011

Tarikh : 10.06.2011 - 12.06.2011
Masa : 10 a.m - 10 p.m
Tempat : Kompleks PKNS Shah Alam Selangor
Booth : 35 & 37

Saturday, November 20, 2010

Tuesday, May 25, 2010

Tips Memilih Penapis Air – Kriteria Yang Perlu Dipertimbangkan

Oleh: hijrahwater.blogspot.com

Terdapat banyak produk penapis air di pasaran. Sebagai pengguna, kita perlu bijak dalam membuat sebarang pilihan agar produk penapis air yang dipilih mampu memenuhi keperluan di samping memberikan nilai pulangan yang terbaik dan memuaskan . Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum pengguna memilih produk penapis air yang ingin digunakan di kediaman masing-masing? Berikut adalah beberapa kriteria yang boleh dan perlu dipertimbangkan:-

1. Halal
Produk penapis air yang halal perlu diutamakan kerana produk ini digunakan untuk menapis air yang kita minum, masak dan adakalanya digunakan untuk mencuci sayur-sayuran @ buah-buahan.

2. Kualiti
Kualiti air yang dihasilkan daripada penapis air merupakan faktor kedua terpenting dalam memilih sesuatu produk penapis air. Ini kerana sesetengah produk hanya menapis bendasing atau kotoran yang kelihatan. Sesetengah produk pula hanya menghasilkan air yang bersih tetapi tidak mengandungi sebarang zat dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Untuk mendapatkan faedah kesihatan yang maksimum, pilihlah produk penapis air yang bukan sahaja menghasilkan air yang bersih tetapi mengandungi pelbagai zat dan mineral yang bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan tetapi mampu membantu dalam merawat/menyembuhkan pelbagai penyakit yang berkaitan.

3. Harga
Harga juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan produk penapis air. Bergantung kepada kualiti air yang dihasilkan, produk penapis air boleh dibeli dengan harga semurah puluhan ringgit, beberapa ratus ringgit hingga mencecah harga lima ribu ringgit. Adakalanya sesuatu produk diwar-warkan dengan harga ribuan ringgit tetapi setelah diberi diskaun, harga yang ditawarkan hanya mencecah ratusan ringgit. Perkara ini banyak mendatangkan keraguan dan pertanyaan daripada pengguna. Sekiranya produk ini benar-benar berkualiti, mahal dan berharga ribuan ringgit mengapa apabila diberikan diskaun harganya hanya ratusan ringgit. Adakah harganya sememangnya murah dan ini merupakan promosi yang hanya ingin mengelirukan pengguna?

3a. Kemudahan dan kaedah pembayaran
Sesengah produk penapis air perlu dibeli secara tunai. Sesetengah produk pula menawarkan bayaran ansuran bulanan tetapi apabila dikira jumlah bayaran yang perlu dibayar melebihi harga produk asal. Sesetengah produk pula boleh dibeli secara ansuran tanpa faedah tetapi memerlukan bayaran ansuran melalui kad kredit. Sekiranya berkemampuan, pengguna boleh membeli secara tunai atau jika tidak pilihlah produk yang menawarkan kaedah pembayaran ansuran yang lebih mudah tanpa sebarang faedah.

4. Harga Katrij dan Penyelenggaraan
Semua produk penapis air memerlukan penukaran katrij bergantung kepada katrij yang digunakan. Sesetengah katrij produk penapis air mencecah harga sehingga empat ratus ringgit. Harga yang tinggi ini akan membebankan pengguna di dalam jangka masa panjang kerana produk ini akan digunakan secara berterusan. Sesetengah produk pula memerlukan kos tambahan iaitu kos upah penyelenggaraan/penukaran yang perlu dibayar secara tahunan atau setiap kali penukaran katrij dijalankan. Untuk penjimatan, pilihlah produk yang harga katrijnya berpatutan dan tidak membebankan. Adalah lebih baik sekiranya penukaran katrij dilakukan oleh penjual tanpa sebarang caj tambahan. Selain memudahkan pengguna, pengguna tidak perlu bersusah payah atau merasa risau sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran teknikal dalam melakukan penukaran katrij.

5. Servis Selepas Jualan
Servis selepas jualan sememangnya penting kerana terdapat ramai pengguna produk penapis air yang memilih untuk membeli produk penapis air yang baru kerana tidak tahu di mana hendak membeli/ mengganti katrij yang telah lama apabila penjual sedia ada tidak dapat dihubungi atau tidak lagi menjalankan perniagaan yang sama. Pengguna juga biasanya terlupa tentang jadual penyelenggaraan/penukaran katrij sekiranya tidak diingatkan oleh penjual/stokis atau syarikat penapis air sendiri. Oleh yang demikian, pilihlah syarikat produk penapis air yang menawarkan khidmat servis selepas jualan yang memuaskan.Sebagai contoh, pembeli mempunyai beberapa alternatif untuk menyalurkan sebarang masalah yang dihadapi sama ada kepada penjual, syarikat penjual atau pun kepada agen-agen/rakan niaga yang lain. Lebih bagus lagi sekiranya syarikat penapis air menyimpan maklumat pembeli dan sentiasa memaklumkan kepada pengguna tentang informasi terkini dan keperluan menukar katrij apabila tempoh yang ditetapkan telah hampir tiba.

InsyaAllah, produk penapis air Hijrah atau lebih dikenali sebagai Hijrah Bio Aura Ionized Alkaline Water Filter memenuhi semua kriteria yang dinyatakan di sini. Sila hubungi 013-6751381 untuk keterangan lanjut.

Monday, May 24, 2010

Hadiah Promosi Tunai Terkini

Pembeli yang membuat bayaran tunai/2 @ 3 kali bayaran boleh memilih salah satu daripada hadiah berikut* :-

Water Dispenser

Rice Cooker

Life Shower Filter with KDF, Bio ceramic Ball, Max Ion & Remove Chlorine Ball

Floor Standing Water Dispenser

*selagi stok masih ada